Wira Ops Daulat Terima Pingat
Alor Setar: Wira insiden berdarah di Kampung Simunul, Semporna Sabah ketika Ops Daulat dua tahun lalu, ASP Mohamad Hasnal Jamil mahu berkongsi pengiktirafan Bintang Keberanian Kedah (BKK) yang diterimanya semasa dengan rakan seperjuangan yang terkorban.
Menurut anak kelahiran Felda Teloi Timur, Kuala Ketil Kedah itu ekoran daripada kejadian yang berlaku tangan dan jari kanannya mengalami kecacatan kekal.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku di mana beliau bersama pasukannya diserang hendap pengganas Sulu dan terperangkap selama 22 jam sebelum diselamatkan dan dalam pertempuran itu beliau telah ditetak di tangan dan kepala malah ditembak sebanyak tiga kali.- Kosmo
No comments