Header Ads

  • Breaking News

    5 Fasa Sebelum Berlakunya Kiamat



    5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW

    Umat Nabi Muhammad SAW akan mengalami 5 fasa atau zaman mengikut kerangka masa sebelum berlakunya kiamat. Fasa atau zaman ini bermula daripada perutusan kenabian baginda ketika berumur 40 tahun.

    Pertama - Zaman Kenabian
    iaitu zaman ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup. Pada zaman ini, Rasulullah s.a.w. sendiri yang menjadi pemimpin masyarakat dan negara. Beliau memegang dua bentuk kekuasaan, kekuasaan agama dan kekuasaan dunia. Sebagai pemimpin agama, beliau menerima syariat (wahyu) dari Allah S.W.T., dan sebagai pemimpin dunia (politik) beliau melaksanakan syariat itu. Zaman ini telah pun berlalu.

    Kedua - Zaman Khilafah (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)
    iaitu zaman pemerintahan khulafa al-rashidin. Pada zaman ini, umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rashidin iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali bin Abu Talib. Zaman ini juga sudah berlalu. Tempoh pemerintahan mereka selama 30 tahun.

    Ketiga - Zaman Pemerintahan Kerajaan yang Menggigit(Mulkan 'Adhan)
    iaitu zaman di mana kuasa dipegang oleh keturunan mereka sahaja (sistem monarki). Pada zaman ini kerajaan seperti Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini berakhir apabila tumbangnya kerajaan Uthmaniah pada 3hb Mac 1924.

    Keempat - Zaman Pemerintahan yang Sombong (Mulkan Jabariyyan)
    iaitu zaman sekarang. Pada zaman ini umat islam akan ditindas dan dalam zaman ini juga tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat akan berlaku. Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah Dajjal.

    Kelima - Zaman Khilafah (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)
    iaitu zaman yang mengikuti jejak kenabian, ulama mengatakan ianya zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa alaihis salaam.

    Wallahu a’lam

    Berdasarkan hadis.
    [Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

    "Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

    "Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

    "Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

    "Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

    "Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)."

    "Kemudian baginda (Nabi) diam"
    SUNTINGAN VIDEO



    Video Penerangan Lengkap Hitungan Umur Umat Islam Menurut Ulama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad