Header Ads

  • Breaking News

    LGBT - Obama Dikecam Tak Hormat Malaysia

    BANGI, Isnin – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengecam kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang secara terbukanya mengajak rakyat Malaysia menghormati hak perkahwinan sejenis.

    Beliau berkata, Obama sebenarnya tidak belajar untuk menghormati norma, dasar dan asas bernegara sesebuah negara.

    “Malaysia adalah negara yang menegaskan Islam agama Persekutuan.

    “Negara ini adalah negara beragama yang meletakkan antara rukun negaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan,” katanya.

    Jumaat lalu, Obama ketika memberi respon kepada pertanyaan seorang pemuda gay dari Thailand, di majlis US Young Southeast Asian Leaders (YSEALI) di Kuala Lumpur berkata, Malaysia patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai hak asasi.

    Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus ini berkata, kenyataan Presiden AS itu menunjukkan betapa songsang cara pemikirannya kerana ianya bercanggah dengan naluri kemanusiaan yang normal.

    Katanya, hak manusia ialah untuk berkahwin antara lelaki dan perempuan dan bukan berkahwin sesama jenis yang merupakan pelakuan songsang seorang manusia.

    “Tuhan tidak mencipta lelaki untuk berkahwin sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ia adalah perlakuan songsang yang cuba dihalalkan atas nama undang-undang dan hak asasi manusia.

    “Itu bukannya ‘hak’, tetapi pencabulan hak kemanusiaan dan pencabulan hak Tuhan yang tidak mencipta manusia untuk itu.

    “Agama mana yang mempercayai kewujudan Tuhan yang membenarkan perkahwinan sejenis?

    “Adil pada perhitungan Obama ialah apabila memberi hak kepada semua kehendak dan tuntutan rakyat meskipun songsang. Sedang adil yang sebetulnya ialah memberikan hak kepada yang berhak,” katanya. -ismaweb

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad