Header Ads

  • Breaking News

    Jackie Chan Antara Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan

    PUTRAJAYA: Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang akan membawa galaran Datuk hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

    Beliau berada di dalam senarai 365 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat yang didahului Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

    Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.

    Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop serta anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

    Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah turut menerima darjah tersebut.

    Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya ialah Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid. Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, dan Datuk Mohammad Kazim Elias.


    Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada Ahad.

    Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad