Header Ads

  • Breaking News

    Penjagaan Kesihatan Dan Keselamatan Semasa Banjir


    Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. 

    Menurut statistik majlis keselamatan negara, setakat 31 Dis, 8:00 pm, 146,070 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan di lima negeri.

    Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

    Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti
    • Lemas
    • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
    • Terkena renjatan elektrik
    • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
    Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
    • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
    • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
    • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
    • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
    Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
    • Sentiasa minum air yang telah dimasak
    • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
    • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
    • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
    • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
      • Guna tandas yang sempurna
      • Buang sampah di tempat yang betul
    • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
    • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad