Ekoran Serangan Charlie Hebdo, 2 Ditembak Mati, 5 Dijadikan Tebusan
PARIS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lima yang lain dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjata yang menyerang sebuah kedai runcit Yahudi di timur Paris hari ini, menurut sumber.
Lelaki bersenjata itu turut mengancam akan membunuh tebusan berkenaan jika polis melancarkan serangan ke atas dua beradik yang disyaki menyerang pejabat akhbar mingguan satira Charlie Hebdo dan membunuh 12 orang kelmarin.
"Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, mungkin lebih, kami tidak tahu," kata sumber itu.
No comments