Header Ads

  • Breaking News

    Suspek Pecah Rumah Ketika Banjir


    Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah kira-kira pukul 4.45 pagi tadi di Lorong Tok Sira, Kuantan.

    Kejadian ketika anggota MPV sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai kereta mencurigakan di tempat gelap di lokasi kejadian.

    Ketika anggota peronda MPV sampai di tempat kejadian, suspek telah menyalakan lampu kereta lalu melarikan diri dan cuba merempuh kereta polis.

    Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan anggota JSJ IPK Pahang sehingga akhirnya berjaya diberkas.

    Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah TV dan peralatan pecah rumah. 

    Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad