Header Ads

  • Breaking News

    Banjir Semakin Serius, Hampir 60,000 Mangsa Dipindahkan

    banjir

    Kuala Lumpur, 24 Dis - Hampir 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah berikutan keadaan banjir yang semakin serius.

    Orang ramai diingatkan untuk tidak menyebarkan khabar angin berkaitan banjir terutamanya dilaman media sosial. Penyebaran khabar angin yang tidak terkawal dikhuatiri boleh mencetus suasana panik kepada penduduk setempat.

    Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

    Di Kelantan jumlah mangsa meningkat kepada 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi. Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

    Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

    Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Gua Musang dengan 5,259 orang diikuti Pasir Mas (8,754) dan Kuala Krai (4,608).

    Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.

    Di Terengganu, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.

    Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

    Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), 
    Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.-  BERNAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad