Mengapa Islam Melarang Meniup Makanan Dan Minuman Panas
Nampak macam mudah tapi bukan senang untuk tidak melakukannya, sekadar contoh kita boleh lihat di kedai-kopi masih ada yang melakukan perkara ini ketika minum atau makan. Para-para ibu juga melakukannya ketika memberi bayi mereka makan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita meniup makanan atau minuman, sekalipun masih panas. Carilah cara lain yang boleh menjadi alternatif, agar tidak melanggar larangan ini.
Persoalannya:
Mengapa kita di larang meniup makanan atau minuman yang panas?
Secara ilmiah apabila seseorang itu meniup makanan atau bernafas ke dalam bekas makanan atau minuman, seseorang itu akan mengeluarkan karbon dioksida lalu bercampur dengan air (H2o) dan kemudian akan menjadi asid karbonat (H2oCo3) iaitu sama dengan cuka yang boleh mengakibatkan penyakit jantung.(rujuk video di bawah)
Secara ilmiah apabila seseorang itu meniup makanan atau bernafas ke dalam bekas makanan atau minuman, seseorang itu akan mengeluarkan karbon dioksida lalu bercampur dengan air (H2o) dan kemudian akan menjadi asid karbonat (H2oCo3) iaitu sama dengan cuka yang boleh mengakibatkan penyakit jantung.(rujuk video di bawah)
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan meniup makanan atau minuman yang panas. Diantaranya,
1. Hadis dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ…
Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan… (HR. Bukhari 153).
2. Hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth).
Mengapa dilarang meniup?
An-Nawawi mengatakan,
والنهي عن التنفس في الإناء هو من طريق الأدب مخافة من تقذيره ونتنه وسقوط شئ من الفم والأنف فيه ونحو ذلك
Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum termasuk adab. Karena dikhawatirkan akan mengotori air minum atau ada sesuatu yang jatuh dari mulut atau dari hidung atau semacamnya. (Syarh Shahih Muslim, 3/160)
Hal yang sama juga disampaikan Ibnul Qoyim,
وأما النفخ في الشراب فإنه يكسبه من فم النافخ رائحة كريهة يعاف لأجلها ولا سيما إن كان متغير الفم وبالجملة : فأنفاس النافخ تخالطه ولهذا جمع رسول الله صلى الله عليه و سلم بين النهي عن التنفس في الإناء والنفخ فيه
Meniup minuman bisa menyebabkan air itu terkena bau yang tidak sedap dari mulup orang yang meniup. Sehingga membuat air itu menjijikkan untuk diminum. Terutama ketika terjadi bau mulut. Kesimpulannya, nafas orang yang meniup akan bercampur dengan minuman itu. Karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggabungkan larangan bernafas di dalam gelas dengan meniup isi gelas. (Zadul Ma’ad, 4/215).
Bolehkah Menggunakan Kipas Angin?
Berpandukan alasan yang disampaikan oleh An-Nawawi dan Ibnul Qoyim tentang mengapa kita dilarang meniup makanan, boleh disimpulkan bahawa menggunakan kipas dalam hal ini dibolehkan. Dengan syarat, kipas yang digunakan bukan kipas yang berdebu, yang kotor, sehingga menyebabkan menyebarkan penyakit pada makanan atau minuman.
Allahu a’lam.
No comments