Header Ads

  • Breaking News

    Mangsa Banjir Di Perak Meningkat | Paras Air Sungai Hampir Tahap Bahaya


    BOTA 26 DEC: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 6,000 mangsa daripada 1,500 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi tadi.

    Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin, berkata setakat jam 8 pagi tadi sebanyak 48 pusat pemindahan di tiga daerah di Hulu Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

    "Daerah Perak Tengah mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 2,804 mangsa dari 718 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan.

    "Di daerah Kuala Kangsar, seramai 2,579 mangsa dari 628 keluarga ditempatkan di 23 pusat pemindahan.

    "Manakala, di daerah Hulu Perak yang membabitkan kawasan Lenggong, seramai 614 mangsa dari 154 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini.

    Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

    Untuk maklumat terkini paras air sungai dan taburan hujan setiap negeri bagi seluruh Malaysia boleh rujuk laman Infobanjir.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad