Header Ads

  • Breaking News

    Helikopter PDRM Terhempas Ketika Misi Bantuan Mangsa Banjir


    Sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas petang tadi jam 6.30pm ketika misi menghantar barangan makanan mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.

    Bagaimanapun dua juruterbang dan dua kru pesawat itu terselamat. Kejadian ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya.

    Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital.

    Penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar manakala mangsa wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

    Menurut saksi, pesawat berlegar rendah sebelum terdengar bunyi letupan lalu menjunam ke darat.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad