Remaja diRogol Bomoh Dua Kali Ketika Rawatan
KAMPAR - Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol dua kali dalam keadaan separa sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dan Kota Damansara mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi. Ketua Polis Daerah Kampar,
Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar di sekitar kampung.
"Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit bagi membuang 'benda yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau. Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses berkenaan sekali lagi dengan menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang."-Kong Soon
"Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang," katanya di sini, semalam Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke Kuala Kangsar kononnya untuk membuang 'benda yang dikeluarkan daripada mangsa ke Sungai Perak.
"Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis" katanya. Katanya, keterangan mangsa dan rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.
Sumber - Sinar Harian
No comments