Fakta Tentang Gelaran Professor Di Malaysia
Dulu tengok Professor, kebanyakkan rambut putih atau tidak berambut. Tapi sekarang, belum umur 40, dah dapat title itu. Mengapa? Sekarang makin banyak skim2 ekspres yang menyebabkan umur 26 dah dapat PhD. Seperti masuk matrikulasi (1 tahun) terus ke peringkat ijazah. Kemudian dapat first class untuk ijazah, jadi terus buat PhD. Skim paling cepat yang saya tahu, lepas SPM, terus ijazah selama 3 tahun. Umur 21 dah grad. Kalau dapat first class, terus buat PhD. Tolak tambah masa, umur 25 tahun dah dapat PhD. Buat research banyak2, dicampur dengan khidmat2 lain sebagai kakitangan kerajaan, maka terhasillah professor yang masih muda, hensem2 dan cantik2.
Professor ada tiga. Professor Emeritus, Professor dan Professor Madya. Secara umumnya, professor ini gelaran yang diberi pada kakitangan kerajaan dan hanya berfungsi ketika anda masih bergelar kakitangan kerajaan. Sebaik anda pencen, gugurlah gelaran itu. Tak seperti Doktor (Dr) kerana gelaran Dr wujud sehingga anda menghembuskan nafas terakhir.
Apa beza 3 jenis professor tadi? Paling rendah ialah Professor Madya. Tu pun bagai nak gila dah buat research, supervise student untuk PhD/Master, bentang research di peringkat local dan international dan banyak lagi. Tahap kelayakan untuk mendapat gelaran ni, bergantung pada universiti masing2. Selepas mendapat Prof Madya (Associate Professor), jika anda bekerja kuat dan masih tekun serta masih panjang umur, anda mungkin mendapat gelaran Professor. Jelas Professor itu lebih tinggi dari Professor Madya.
Bagaimana dengan Professor Emeritus? Contoh, Prof Emeritus Abdullah Hassan. Gelaran Prof Emeritus ini dianugerahkan oleh universiti kepada orang2 tertentu sahaja. Dan gelaran Prof Emeritus ini diguna pakai sehingga orang itu menghembuskan nafas terakhir. Tak seperti Prof/ Prof Madya di mana bila pencen ia gugur. Bukan senang nak dapat gelaran Prof Emeritus ini. Anda mungkin kena buat jasa/ bakti yang betul2 bernilai baru dapat.
Dulu, seseorang yang tidak mempunyai PhD tak akan dapat Professor Cuma setakat Prof Madya. Namun, bergantung pada syarat2 kelayakan yang ditetapkan yang boleh berubah mengikut peredaran zaman.
Ops.. Sebenarnya ada satu lg. Proffesor Diraja. Paling tinggi. Tapi tak perlu banyak terang kot sebab yang saya tahu adlh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz.
Harap anda dapat lah bezakan serba sedikit mengenai gelaran2 ini dan tidak lagi keliru dan wujud masalah seperti mengandaikan Emeritus itu adalah nama seseorang dan membuat hipotesis orang itu adalah Pan Asian sebab nama macam bukan Melayu. Erk. Wlaupun gelaran ini berkonsepkan dunia semata2, gelaran ini sebenarnya tanggungjawab yang harus dipikul dan boleh menjadi salah suatu bentuk aset ke alam akhirat jika dilunaskan tanggungjawab itu dengan baik.
No comments