Header Ads

  • Breaking News

    Lawak Bodoh | Pengawal Istana Buckingham di Siasat

    Seorang anggota tentera British yang ditugaskan mengawal Istana Buckingham ‘mengubah rutinnya’ apabila cuba untuk menghiburkan pelancong dengan ‘membuat aksi kawad bodoh’.

    Di dalam sebuah video yang dimuatnaikkan oleh seorang pelancong bernama Andy Richards, pengawal itu dilihat ‘berkawad secara bodoh’, ada ketikanya berpusing-pusing dan tunduk seolah-olah ingin memungut sesuatu.

    Video berdurasi 3 minit 23 saat yang bertajuk ‘Buckingham Palace pirouetting guard shows off his funky dance moves’, telah mencatatkan lebih setengah juta tontonan sejak 20 Ogos.

    BBC melaporkan bahawa askar itu kini sedang disiasat kerana melanggar disiplin tentera. 

    Memetik jurucakap tentera, laporan itu berkata "mana-mana anggota yang tidah patuh kepada standard tentera yang tinggi, akan berhadapan tindakan yang sewajarnya."

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad