Header Ads

  • Breaking News

    Kualiti Filem Melayu | Bagaimana Tajuk Begitulah Ceritanya

    Pepatah Belanda "Judge a film by it's title" memang sesuai di gunakan untuk merujuk filem dan drama melayu masa kini.

    Kebanyakkan tajuk filem dan drama di Malaysia sekarang banyak menggunakan tajuk yang sering kita lihat seperti tajuk berita di dada-dada akhbar. 

    Malah ada juga segelintir pembikin filem memilih tajuk-tajuk yang 'tangkap muat' atau yang tidak memerlukan pemikiran yang mendalam dalam pemilihan tajuk filem mereka.

    Beberapa tajuk filem di Malaysia dan Indonesia yang boleh kita lihat perbandingannya:


    MALAYSIA:

    1. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.

    2. JIN - Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.

    3. MAMAK CUPCAKE – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.

    INDONESIA:

    1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.

    2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan.

    3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks.

    Anda boleh tonton sendiri filem di atas dengan mengklik pada tajuk filem - SELAMAT MENONTON

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad