Model Terbaru Keluaran Proton
Setelah lama berahsia mengenai model terbaru mereka,akhirnya Proton mempamerkan beberapa gambar model keluaran terbaru mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.Desas-desus mengenai model terbaru Proton ini bermula apabila mereka menyelitkan gambar lampu hadapan model terbarunya pada iklan hari raya dan membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya kereta apakah itu.
Dan semalam laman web yang sama telah memuatnaik beberapa gambar model tersebut.Model terbaru Proton itu dikategorikan sebagai kereta kompak dan diberi nama Proton Iriz.Jika dilihat sekali imbas, saiz dan bentuknya seakan-akan Perodua Axia namun rekaan hadapan kereta ini jelas nampak berbeza.
Model ini dijangka dipasarkan dengan 2 variasi enjin iaitu 1.3 dan 1.6.Khabar terbaru mengatakan model ini juga bakal menggunakan enjin baru menamatkan zaman enjin Campro Proton.Dan lebih menarik ia juga mempunyai butang khas untuk menghidupkan dan mematikan enjin.
Tentu ramai yang tidak sabar untuk menunggu pengumuman rasmi dari Proton bukan? Sama-sama kita nantikan :)
Sumber : paultan.org
Sebuah laman web yang selalu mengemaskini sebarang khabar mengenai model-model baru kereta di Malaysia iaitu paultan.org beberapa kali terserempak dengan beberapa model percubaan Proton sedang melakukan ujian jalanraya.

No comments