Header Ads

  • Breaking News

    Panduan Untuk Mereka Yang Ingin Membeli Kereta Secara Tunai

    Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
    Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
    Solusi biasa : Pinjam Bank
    Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
    Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
    Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).

    Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

    Kita nak buat begini

    Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
    Bayaran : RM38,000
    Untung bank : ZERO

    Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

    Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvi berharga RM40,000 atau yang setaranya.

    Misi : Kumpul duit RM40,000
    Tapi : Perlu kereta segera

    Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

    Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

    TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

    RM450 x 89 bulan = RM40,050

    Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

    Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

    Dalam simpanan : RM40,000
    Harga Perodua Kancil lama : RM2000
    Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad