Header Ads

  • Breaking News

    Kes Lewat, Hukuman 5 Tahun Penjara Kekal

    Hukuman 5 Tahun Penjara Kekal
    PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    Keputusan itu dibuat panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria apabila mahkamah kembali bersidang sejurus rehat selepas menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan hukuman itu.

    Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

    Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

    Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.- bharian

    Baca Kronologi Kes

    PESANAN ANWAR

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad