Keputusan Penuh PRK Parlimen Permatang Pauh, Majoriti Menurun
Keputusan PRK Permatang Pauh P.044 di umumkan secara rasmi pada pukul 10:17pm. Kerusi bagi Parlimen Permatang Pauh, P.044 dimenangi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 8,841 undi.
Keputusan penuh PRK Permatang Pauh;
Calon PRK Parlimen Permatang Pauh | Parti | Jumlah Undi |
---|---|---|
Suhaimi Sabudin | Barisan Nasional (BN) | 21,475 |
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail | PKR | 30,316 |
Azman Shah Othman | Parti Rakyat Malaysia | 101 |
Salleh Ishak | Bebas | 367 |
Majoriti Undi | 8,841 | |
Undi Rosak | 843 | |
% Keluar Mengundi | 74% |
Prestasi lalu
Anwar Ibrahim (PKR) menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) di Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. Anwar mendapat 37,090 undi manakala Mazlan dan Dr. Abdullah masing-masing memperoleh 25,369 dan 201 undi.
PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
Sembilan pilihan raya kecil sebelum ini adalah PRK Dun) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK Dun Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK Dun Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK Dun Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK Dun Pengkalan Kubor, Kelantan (25 September 2014); PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); dan PRK Parlimen Rompin (5 Mei 2015)
No comments