Header Ads

  • Breaking News

    Fahami Sistem Koordinat Pengguna Dan WCS

    Sistem koordinat pengguna (UCS)

    Setiap titik atau point di dalam drawing AutoCAD ditentukan oleh koordinat pada paksi X,Y dan Z (untuk drawing 2D , hanya paksi x dan y sahaja). Sistem koordinat ini di kenali sebagai world coordinate system, atau WCS.

    Sistem koordinat pengguna (UCS) pula ialah titik origin dalam sesebuah drawing dimana pada titik ini x=0 dan y=0. Kedudukan titik ini bukan bersifat tetap, ianya boleh di tetapkan dimana-mana bahagian drawing oleh pengguna menggunakan command tertentu yang akan kita bincang kemudian.

    Cara memasukan koordinat

    Format memasukan koordinat menggunakan keyboard adalah seperti di bawah:
    • Absolute Cartesian: Semua titik koordinat bermula dari titik point UCS. Ini bermakna titik x=0,y=0 yang sama digunakan. Contoh cara memasukan koordinat Absolute, taip #10,5 dimana '#' mewakili absolute '10' ialah nilai x dan '5' nilai y
    • Relative: Semua titik point koordinat bermula dari titik point sebelumnya. Ini bermakna titik point x=0,y=0 berubah-ubah. Contoh cara memasukan koordinat Relative, taip @10,5 dimana '@' mewakili relative, '10' ialah nilai x dan '5' nilai y
    • Relative polar coordinates: Digunakan untuk membuat garisan bersudut. Contoh cara memasukan koordinat Relative polar, taip @10<300 dimana '@' mewakili relative, '10' ialah nilai x, '<' mewakili sudut dan '300' ialah nilai sudut dalam darjah.
    polar koordinat

    NOTE: Nilai X sentiasa dimulakan dahulu di ikuti oleh nilai Y atau nilai sudut


    Latihan

    Buat dua drawing seperti gambar di bawah. Drawing pertama dengan memasukan nilai point secara absolute manakala drawing kedua secara relative.
    ucs

    Absolute

    P1 = #10,5 (titik mula)
    P2 = #10,15
    P3 = #15,20
    P4 = #30,20
    P5 = #30,5
    P1 = #10,5 (titik akhir)

    Relative

    P1 = #10,5 (titik mula)
    P2 = @0,10
    P3 = @5,5
    P4 = @15,0
    P5 = @0,-15
    P1 = @0,-20 (titik akhir)

    Pada post yang akan datang kita akan membincangkan commad COPY dan MOVE.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad