Header Ads

  • Breaking News

    Paparan Antara Muka AutoCad - GUI

    PAPARAN ANTARA MUKA AUTOCAD 2007

    Gambar di atas ialah paparan skrin windows Autocad. Sila ambil perhatian nama dan fungsi bahagian2 yang di tunjukan.

    • Pull-down menus – Semua setting dan arahan autocad boleh di capai melalui menu ini. Menu ini sama fungsi dengan kebanyakan perisian lain seperti MS Word. Excel dll.
    • Standard toolbar – mengandungi sekumpulan arahan (command) yang paling biasa digunakan.
    • Drawing name – memaparkan nama lukisan setelah fail dinamakan dan disimpan, sekiranya belum "Drawing.dwg" akan dipaparkan.
    • Command line – memaparkan arahan yang sedang berjalan dan langkah2 arahan seterusnya. Pengguna juga boleh mencapai sesuatu arahan dengan menaip arahan tersebut kemudian tekan space bar atau enter.
    • UCS - User Coordinat System atau sistem koordinat pengguna, titik origin dalam lukisan pada paksi x dan y (0,0).
    • Cursor - Crosshair Cursor adalah sebuah tanda dalam layar AutoCAD yang berbentuk tanda plus dengan kotak kecil di tengahnya, alat ini juga sebagai pengganti tangan kita ketika proses melukis, seperti pen atau pensil, kalau dalam software/aplikasi lain sering disebut pointer.
    Pada post yang akan datang kita akan terus belajar membuat garisan dan bulatan. Memahami dua arahan ini adalah sangat penting kerana lukisan hanya ada garis lurus dan garis lengkung sahaja. Ini bermakna kita sudah boleh membuat lukisan hanya dengan memahami dua arahan ini...

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad