Arahan Membuat Garisan Dan Bulatan
Garis Lurus
Garis lurus adalah sebuah garis yang memiliki unsur panjang dan memiliki sudut tertentu,misalnya sebuah garisan mendatar akan mengarah pada sudut 90 dan 270 darjah dari sudut 0, garis menegak akan mengarah pada sudut 0 dan 180 darjah, sedangkan untuk garisan serong akan memiliki sudut selain dari sudut mendatar dan menegak, contohnya 30, 45, 120 darjah dsb.Garis lurus boleh dibahagikan kepada 3 jenis,
Garisan mendatar (Horizontal Line)
Garisan menegak (Vertical Line)
Garisan serong (Oblique Line)
Cara melukis garisan menegak dan mendatar
Jenis-jenis garisan dalam AutoCad
LINE command
Klik pada icon line seperti gambar di atas
Klik kedudukan 1st point
Tekan F8 (ortho on)
garisan akan dilukis pada paksi x dan y sahaja
Gerakan cursor ke arah kanan/kiri/atas atau bawah dari titik 1st point
pergerakan cursor untuk menentukan arah kedudukan 2nd point di sebelah mana
Masukan nilai panjang garisan untuk 2nd point
Tekan enter dua kali.
Cara melukis garisan serong
Klik pada icon line seperti gambar di atas
Klik kedudukan 1st point
Masukan nilai panjang garisan dan nilai sudut
contoh, 50<45 untuk panjang 50mm dan sudut 45 darjah
Tekan enter dua kali.
Latihan
Lukis seperti lukisan di bawah. Untuk makluman tutor ini menggunakan AutoCad 2007.LATIHAN 1 |
Kita akan melukis garisan bermula dari point P1 ke P2, iatu garisan serong dengan panjang 45.9mm dan bersudut 45 darjah.
Kemudian terus membuat garisan mendatar ke point P3 dengan panjang 15mm.
Kemudian garisan menegak ke point P4 dengan panjang 35mm.
Kemudian garisan mendatar ke point P5 dengan panjang 50mm.
Kedudukan point P1 ialah x=10,y=10 dari titik origan (UCS).
Kesemua LINE akan dilukis secara berterusan iaitu dalam satu arahan.
Langkah-langkah;
Lancarkan perisian AutoCad 2007 anda atau apa2 versi pun boleh sebab secara dasarnya hampir sama.
Klik command LINE icon
Taip 10,10 enter
lokasi titik mula P1
Taip 49.5<45 dan tekan enter
tanda '<' mewakili sudut
Gerakan cursor kekanan sedikit dari point P2 lalu Taip 15 dan tekan enter
Gerakan cursor kebawah sedikit dari point P3 lalu Taip 35 dan tekan enter
Gerakan cursor kekiri sedikit dari point P4 lalu taip 50 dan tekan enter dua kali.
command end. siap.
Bulatan
Bulatan merupakan garisan berbentuk lingkaran yang mempunyai garis pusat dan jejari.
CIRCLE |
CIRCLE command |
Klik pada icon circle seperti gambar di atas
Klik kedudukan titik pusat bulatan
Taip huruf 'd' untuk diameter atau 'r' untuk radius
Tekan enter
Masukan nilai diameter atau nilai radius
Tekan enter.
Latihan
Masih menggunakan drawing LATIHAN 1 yang sama lukis bulatan bergaris pusat 10mm dimana titik pusat bulatan ialah pada point P2.
Klik command CIRCLE icon
Klik pada point P2 sebagai titik pusat bulatan
pastikan kotak kecil terpapar sebelum klik.. lihat gambar
Taip d dan tekan enter
memilih diameter sebagai nilai input
Taip 10 dan tekan enter.
command end. siap
Pada post yang akan datang kita akan belajar command ERASE, TRIM dan EXTEND.
No comments