DS Dr Wan Azizah diumum Calon PRK Permatang Pauh
SEBERANG JAYA, 24 APR: Seperti dijangka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di Seberang Perai Arena, pada jam 11.20 malam.
PRK-P44-WAWI“Setelah tengok anak bulan, kelihatan anak bulan, malam ini bulan penuh.
“Suami isteri satu jasad, Datuk Seri Anwar dipenjara tapi semangat nya berkobar-kobar di seluruh negara,” katanya.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan fitnah 2.
Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada 1999 selepas Anwar dipenjarakan.
Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Anwar memenangi kerusi parlimen itu dengan menewaskan calon BN, Mazlan Ismail dengan majoriti sebanyak 11,721 undi. -selangorku
No comments