Header Ads

  • Breaking News

    Susulan Kes Budak Kena Pukul di Muar

    PENDEDAHAN INTERNET
    KES BUDAK KENA PUKUL DI MUAR
    Muar, 28 Ogos - Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman bin Ayob dalam Sidang Medianya berkaitan video "Budak Kena Pukul Di Muar" yang telah dimuat di laman You tube tersebar berlaku di Muar.

    Polis bertindak menahan empat orang remaja lelaki untuk siasatan.
    Siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku pada 14 Ogos 2014 di tepi kebun sawit kawasan Air Hitam, Muar.
    Dalam video tersebut menunjukkan seorang remaja lelaki telah ditendang di kepala dan badan oleh dua orang remaja.
    Salah seorang remaja itu telah memukul mangsa dengan sebatang kayu tapi dapat ditepis oleh mangsa. Kejadian telah dirakam oleh rakan-rakan saspek dan telah kongsi dengan rakan yang lain.
    Polis merampas senjata kayu yang disyaki digunakan dalam kejadian, sebagai bukti dan menangkap empat remaja berumur 14 hingga 15 tahun termasuk saspek utama kejadian.
    Siasatan dijalankan di bawah Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.
    ACP Azman bin Ayob berkata, 'Polis akan menjalankan siasatan terperinci dan mengenalpasti motif kejadian dan memastikan rakan-rakan sejenayah saspek yang lain dikesan bagi membantu siasatan yang dijalankan.' 
    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, DSP Azahar bin Muda di talian 06-9510020.
    " Komuniti Sejahtera Komitmen Kami "

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad