Minta Halal Susu Ibu? Minta halal nafkah suami?
Apakah anak perlu minta halal susu ibu dan bolehkah ibu tidak halalkan air susunya yang telah dia susukan anak? Isteri pula perlukah meminta halal nafkah yang suami berikan? Bolehkah suami tidak halalkan?
Seorang anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu. Haram besar dia menyakiti ibu yang berjasa padanya. Tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa.
Firman Allahi: (maksudnya) “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).
Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nafkah kewajipan suami melainkan bagi isteri yang nusyuz seperti enggan tinggalkan di rumah suami, enggan mengikuti suami dan seumpamanya maka kewajipan nafkah ke atas suami gugur melainkan jika dia mengandung ataupun menyusukan anak.
Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda: “Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).
Pun begitu dalam Islam kita diajar adab dan akhlak, maka seseorang hendaklah sentiasa berterima kasih kepada ibunya sementara isteri pula hendaklah berterima kasih kepada suaminya.
untuk menunjukan kita sangat menghargai jasa mereka...
ReplyDelete