Header Ads

  • Breaking News

    250 Ahli PPS ditangkap sertai perbarisan Merdeka Pulau Pinang

    Lebih kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang ditangkap pagi ini ketika sambutan Hari Merdeka peringkat negeri sedang dijalankan di George Town.

    Mereka ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai upacara rasmi perbarisan lalu, sebahagian daripada perarakan tahunan yang diadakan di Padang Kota Lama.

    Mereka dibawa ke balai polis Beach Street yang berhampiran untuk disoalsiasat.

    Polis mengepong balai polis itu dari dimasuki orang luar dan dikawal Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

    PPS ialah Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi membantu meringankan tugas-tugas pihak Polis.

    Bagaimanapun pasukan tersebut telah diistiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar ataupun Pertubuhan haram baru-baru ini.. sila baca laporannya di ( SINI )

    Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad