Header Ads

  • Breaking News

    Gencatan Senjata | Palestin Meraikan Kemenangan

    GAZA, 27 Ogos – Puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat dan kawasan-kawasan sekitarnya keluar berkumpul di dataran-dataran lapang bagi meraikan kemenangan.

    Mereka mula berkumpul sejurus selepas pengumuman gencatan senjata dibuat pada petang Selasa sehingga awal pagi Rabu.

    Mereka yang tinggal di bandar-bandar dalam Gaza, Khan Yunis, Rafah dan kawasan-kawasan perkhemahan perlindungan berkumpul sambil mengibarkan bendera Palestin, Hamas dan Al-Qassam, dan melaungkan slogan-slogan perjuangan di samping ada yang melepaskan tembakan senjata ke udara dan membakar bunga api.

    Kemeriahan yang sama juga disambut di Tebing Barat khususnya di Nablus, Khalil, dan Ramallah termasuk kawasan perkhemahan pelarian di Lubnan, Jordan dan perkhemahan di Yarmouk selatan syria.

    Penduduk Gaza kembali di dalam rutin kehidupan biasa dengan keluar berjalan membeli barangan dan mencari barang-barang yang boleh digunakan selepas rumah-rumah mereka dibedil tentera Israel.

    Menurut seorang tentera Israel, sejak petang Selasa, tidak kedengaran bunyi tembakan atau letupan bom roket mahupun lintasan pesawat di udara

    Wartawan Aljazeera Wael Dahduh berkata, kira-kira 500 ribu rakyat Gaza akan tinggal sementara di sekolah-sekolah untuk menunggu bantuan-bantuan daripada misi-misi bantuan kemanusiaan.
    Sumber: Aljazeera.net

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad