Aneka Resepi Aiskrim
..ANEKA RESIPI AISKRIM..
▷AISKRIM SUMI JELLY
Bahan-bahan :
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
Secubit garam
2 bungkus sumi - belah 4/6/ikut citarasa masing-masing
Cara-cara :
1. Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam.
2. Masak air sampai garam hancur.
3. Masukkan baki 3 air tin.
4. Kacau rata, biarkan sejuk.
5. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut.
6. Sedia untuk dibekukan.
▷AISKRIM JELLY LOLIPOP
Bahan-bahan :
5000 ml air masak
1 packet jelly (perasa pilihan)
1 tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
Plastik ais krim
Cara-cara :
1. Masukkan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut, baru hidupkan api).
2. Masak hingga larut dan sebati (kacau selalu).
3. Rasa. Kalau tawar tambah lagi gula.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
5. Isi dalam plastik. Ikat.. Siap!
▷AISKRIM OREO
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
4 tin air
2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
Secubit garam
1 paket biskut oreo
Cara-cara :
1. Campurkan susu cair, susu pekat, garam dan air dalam periuk. Masakkan dan kacau sehingga sedikit panas.
2. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
3. Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
4. Masukkan separuh oreo ke dalam plastik. Oreo tu jgn terlalu hancur sgt.
5. Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
6. Buat sampai habis. Dah siap simpan dalam peti ais.
▷AISKRIM CHOKI-CHOKI
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
Secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung
Choki-choki
Cara-cara :
1. Kacau semua bahan then didihkan manja2 atas api kecik. Masukkan tepung jagung untuk bg lembut dan garam selain membangkitkan lemak dia boleh cegah kembung perut. Dah siap tu tapis.
2. Choki2 tu potong 2 dan masukkan ke dlm plastik aiskrim then picit2. Dah picit ratakan elok2.
▷AISKRIM NUTELLA
Bahan-bahan :
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam
Nutella
1. Masak air atas api kecik sampai semua larut dan menggelegak.
2. Air letak lebih, klu nak kurang manis boleh kurang atau kalau nak manis, tambah sikit gula.
3. Masukkan nutella dan lenyek2.
4. Sejukkan dulu baru tuang dlm plastik.
▷AISKRIM PELANGI
Bahan-bahan :
2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
️1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4 L air
Sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.
2. Kemudian tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.
3. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.
4. Bekukan dan sedia untuk dimakan.
▷AISKRIM TEH AIS CINCAU
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 liter air utk jug 4 liter
4 sb tepung jagung (nak letak blh, xnak pon xpe terpulang)
Sedikit gula (ikut selera masing2)
3 sb serbuk red tea thailand
Cincau secukupnya
Cara-cara :
1. Masak air sehingga mendidih terlebih dahulu kemudian masukkan gula, gula agak2 jer yea ikut pada kemanisan masing2. Bila gula dah sebati dah hancur, baru masukkan susu cair 1 tin, susu pekat 1 tin. Last sekali bru masukkan bancuhan tepung jagung kacau2. Masak sehingga mendidih lgi.
2. Setelah mendidih tutup apinya. Tuangkan bancuhan ke dlm jug. Masukkan cincau dan kacau2 biarkan sekejap.
3. Bila dah siap bancuhannya, Boleh la terus ke sesi memintal aiskrim.
4. Tuang bancuhan ke dlm plastik aiskrim dan ikat plastik aiskrim ikut cara masing2.
▷AISKRIM GREEN TEA
Bahan-bahan :
2 sudu besar teh hijau Thai
6 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu cair
500ml air panas
Cara-cara :
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit.
2. Tapis air teh dan campurkan bersama susu pekat dan susu cair.
3. Biar air teh sejuk.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan bekukan dalam peti ais.
▷AISKRIM BANDUNG SODA
Bahan-bahan :
1 botol ice cream soda 1.5L
Sirap ros
1 sudu teh garam
1 sudu teh essence vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam jug dan kacau rata.
2. Tuang ke dalam plastik aiskrim dan ikat ketat2.
3. Bekukan dalam peti ais.
4. Sedia untuk dinikmati.
▷AISKRIM KATIRA SELASIH
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
Pewarna hijau
Gula secukup manis
Cincau
Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)
Cara-cara :
1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air dan gula. Kacau dan masukkan cincau dan selasih.
2. Tuang ke dalam plastik aiskrim dan ikat ketat.
3. Bekukan dalam peti ais.
▷AISKRIM KACANG HIJAU
Bahan-bahan :
2 cawan kacang hijau (direndam dlm air selama 4 jam dlm air bersih)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah/ melaka
(sukatan gula pasir dan gula merah ikut citarasa anda)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
(santan boleh di ganti dengan susu segar/rendah lemak)
Plastik aiskrim secukupnya
Cara-cara :
1. Rebuskan kacang hijau yang telah direndam tadi sehingga empuk.
2. Setelah kacang itu empuk, buangkan air rebusannya. Masukkan santan cair tadi ke dalam periuk kacang hijau tadi dan didihkan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya kacang hijau tidak melekat pada bahagian bawah periuk.
3. Bila sudah menggelegak masukkan gula pasir dan gula merah/melaka. Kacau lagi dan akhir sekali masukkan santan cair.
4. Jika kuahnya terlalu pekat, boleh tambahkan air putih.
5. Matikan api dan biarkan sejuk.
6. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan ketat bahagian yang terbuka. Ulang sehingga habis.
7. Masukkan ke dalam tempat dingin beku semalaman dan keesokkannya bolehlah dimakan.
▷AISKRIM CENDOL GULA MELAKA
Bahan-bahan :
2 cawan air masak
1/2 cawan santan/susu cair
1/2 cawan cendol
1 buku gula melaka
2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara :
1. Panaskan santan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Jika guna susu cair, tak perlu dipanaskan.
2. Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga pekat.
3. Satukan santan dan gula melaka yang telah dipanaskan tadi bersama air masak. Kacau rata.
4. Dah siap, masukkan sedikit cendol ke dalam plastik aiskrim dan tuangkan campuran air santan dan gula melaka tadi.
5. Ikat plastik aiskrim dan bekukan.
▷AISKRIM GULA APONG/NISE
Bahan-bahan :
3 liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g gula apong ori/gula nira
2 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Masak air. Bila dah menggelegak baru masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
2. Jangan lupa tapis air dulu sebelum packing jadi aiskrim.
▷AISKRIM MILO
Bahan-bahan :
Milo
Susu (xkisah susu apa)
Air masak atau guna lah air tapisan
Cara-cara :
1. Bancuh kesemua bahan di atas, dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.
2. Siap untuk dibekukan.
▷AISKRIM ASAM BOI
Bahan-bahan :
Asam boi merah
Asam boi putih
Air secukupnya
Gula pasir
Plastik aiskrim
Cara-cara :
1. Panaskan air bersama gula pasir hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, padamkan api dan sejukkan.
3. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan letakkan asam boi 1-2 biji.
4. Simpulkan plastik aiskrim kemas-kemas.
5. Bekukan di bahagian sejuk-beku.
▷AISKRIM JERUK/ASAM BUAH
Bahan-bahan :
Air
Gula
Jeruk/asam buah
Cara-cara :
1. Bancuh air gula.
2. Masukkan jeruk/asam buah ke dalam plastik aiskrim.
3. Tuang air gula.
4. Ikat plastik aiskrim ketat-ketat.
5. Bekukan dalam peti ais.
▷AISKRIM LAICI SUSU
Bahan-bahan :
1 tin laici (air jangan buang)
1 tin susu cair
Suku tin susu pekat
Air sejuk lebih kurang 1.5 liter
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau rata.
2. Potong buah laici kecil2 dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.
3. Tuangkan bahan campuran tadi.
4. Ikat plastik aiskrim ketat2.
5. Sedia untuk dibekukan.
▷AISKRIM TEMBIKAI SUSU
Bahan-bahan :
1 tin krimer manis saji (perisa tembikai susu)
1.5 liter air
Cara-cara :
1. Campurkan air dan krimer saji, masukkan ke dalam plastik aiskrim malaysia dan bekukan.
2. Lepas 4-5 jam dah boleh dimakan.
▷AISKRIM MANGGA
Bahan-bahan :
1 biji mangga
3 sudu besar air gula/susu pekat
Air secukupnya
Sedikit buah mangga (dipotong dadu)
Cara-cara :
1. Blend mangga bersama air dan air gula/susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam plastik aiskrim 1/2 penuh.
3. Tambahkan kiub mangga secukupnya.
4. Ikat plastik aiskrim ketat2 dan bekukan dalam peti ais.
▷AISKRIM JAGUNG
Bahan-bahan :
Air
Kordial jagung secukupnya
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin jagung manis
Gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air : 6 sudu besar gula. Masak air dan yang telah dicampur gula sehingga larut dan mendidih.
2. Masukkan kordial jagung secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
4. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa. Biarkan sejuk.
5. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat ketat.
6. Siap untuk dibekukan.
▷AISKRIM BANDUNG
Bahan-bahan :
2 liter air
1 tin susu pekat
1 cawan gula (boleh tambah/kurangkan)
*4 sudu besar tepung jagung (optional)
Sirap ros secukupnya
Secubit garam
Cara-cara :
1. Bancuh kesemua bahan sehingga tepung jagung larut. Masak semua bahan sehingga mendidih.
2. Tunggu suam baru masukkan ke dalam plastik aiskrim.
3. Bekukan di dalam freezer.
** Jika mahu membancuh bahan dengan air panas (tak nak masak atas api), pastikan larutkan dahulu tepung jagung dengan sedikit air suam. Satukan semua bahan, masukkan air panas. Kacau sehingga gula hancur..
▷AISKRIM NATA DE COCO
Bahan-bahan :
2 liter air
5 senduk gula
2 sudu teh tepung jagung
Perisa pilihan
Nata de coco secukupnya
Plastik aiskrim
Cara-cara :
1. Satukan air, gula,tepung jagung dan perisa. Kacau sebati. Adjust manis ikut citarasa.
2. Masak hingga larutan mendidih.
3. Tutup api dan sejukkan sehingga suhu bilik.
4. Ambil plastik aiskrim, isikan dgn ketulan nata de coco.
5. Kemudian isikan dgn air yg telah dimasak.
6. Ikat hujung plastik.
7. Simpan dalam freezer hingga beku.
No comments