Ditipu Pengasas Produk Kecantikan 30 Individu Rugi RM3 Juta
KUALA LUMPUR – Seramai 30 individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta apabila wang yang dilaburkan di dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kosmetik 'hangus' akibat ditipu oleh seorang wanita.
Salah seorang mangsa, Mohd. Shayuti Mahmood, 35, berkata, wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang mendakwa dirinya sebagai pengasas produk kecantikan itu gagal untuk membayar balik wang pelaburan mereka sejak Mac lalu.
"Perniagaan tersebut dikatakan beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan wanita itu membayar wang keuntungan secara berperingkat-peringkat selepas sebulan perniagaan dijalankan namun, sejak Mac lalu dia gagal untuk membayar kembali wang pelaburan dan keuntungan kepada pelabur.
"Kami ada menghubungi wanita berkenaan untuk meminta dia membayar kembali wang pelaburan namun, dia memberi alasan kononnya pihak bank tidak membenarkan dia membuat transaksi dalam jumlah yang banyak," katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kelmarin.
Ujarnya, wanita berkenaan juga sempat melancarkan produk terbarunya pada bulan Mac lalu serta melantik seorang penyanyi lelaki yang merupakan juara program realiti televisyen sebagai jurucakap produk.
Jelasnya, wanita yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu juga memperdayakan para pelabur apabila mengeluarkan sebanyak empat buku cek untuk membuat pembayaran beberapa bulan lalu namun, kesemuanya merupakan cek tendang.-kosmo online

No comments