Header Ads

  • Breaking News

    Jenazah Etnik Rohingya Wang Kelian Selamat Dikebumikan Semula

    21 JENAZAH ETNIK ROHINGNYA SELAMAT DIKEBUMIKAN SEMULA.

    POKOK SENA, 22 Jun 2015 - 21 jenazah etnik Rohingnya yang ditemui di Kem Pemerdagangan Manusia di Wang Kelian, Perlis selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang Alor Setar Kedah di sini,pagi tadi.

    Kesemua jenazah tersebut dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena mulai jam 9.00 pagi.

    Proses pengebumian dilakukan oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Kedah dan dibiayai oleh Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama PDRM,kerajaan negeri dan masyarakat setempat dalam membantu memudahkan proses pengebumian jenazah.

    Turut sama menyaksikan majlis pengebumian ini ialah YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah dan YDH SDCP Dato' Zamri b Yahya,Ketua Polis Kedah. Walaupun berpuasa, semua yang terlibat dalam majlis ini tetap menjalankan tanggungjawab dengan penuh semangat.

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Amin.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad