Header Ads

  • Breaking News

    Waspada Dengan Pakej Internet Yang Di Tawarkan

    statistik pengguna internet dunia 2014
    Ringkasan statistik;
    • Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.
    • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
    • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
    • Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.
    Pertumbuhan pengguna internet yang berkembang pesat membuka peluang perniagaan kepada syarikat telekomunikasi untuk menyedia perkhimatan internet. Syarikat2 ini menawarkan pelbagai pakej untuk menarik pelanggan.


    contoh pakej internet yang di tawarkan

    Adakah pakej internet yang di tawarkan mahal? berpatutan? atau murah?


    kadar caj internet luar negara berbanding Malaysia

    Biasanya harga sesuatu pakej internet berkait rapat dengan 2 faktor.

    Kelajuan Internet (Internet Speed)
    Kelajuan muat turun (download speed) merupakan kelajuan data yang boleh di terima oleh komputer pengguna dalam sesaat, diukur dalam unit bit, kilo bit per second (Kbps), mega bit per second (Mbps) dan seterusnya.

    Kelajuan muat naik (upload speed) pula merupakan kelajuan data yang boleh di hantar (upload) dari komputer pengguna ke server dalam sesaat, diukur dalam unit bit, Kilobit per second (Kbps), Megabit per second (Mbps) dan seterusnya.

    Anda boleh uji kelajuan internet di sini

    Kuota Data (Usage Quota)
    Jumlah data muat turun yang dibenarkan, di ukur dalam unit Byte, KiloByte (KB), MegaByte (MB) dan seterusnya.
      kadar caj internet luar negara berbanding Malaysia

      No comments

      Post Top Ad

      Post Bottom Ad