Header Ads

  • Breaking News

    Merompak ala Mafia di Seremban


    Satu rompakan menakutkan di Jalan Rasah, Seremban berlaku di siang hari apabila seorang warga emas telah di serang dan di bawa lari sejurus keluar dari bank dengan sejumlah wang tunai kira-kira RM56.000 pada tengah hari 20 Nov.

    Rakaman video menunjukkan suspek bertindak agresif dan mengheret mangsa dengan kejam keseberang jalan dan memasukan mangsa ke dalam kereta sebelum memandu laju.

    Mangsa kemudian ditolak keluar dari kereta dan ditinggalkan di tepi jalan. Seluruh episod mengerikan ini berlaku di siang hari dan di hadapan orang ramai menunjukkan betapa penjenayah semakin berani dan terdesak.

    Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati salah seorang suspek baring menunggu dalam kereta sementara tiga rakan sejenayah beliau, bersenjatakan parang, menyerang hendap mangsa di luar bank.

    Dengan bukti-bukti yang ada, saksi yang melihat kejadian serta rakaman video, diharap suspek akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad